Monday, 26 December 2011

Kesedaran Politik dikalangan belia muda Sarawak membimbangkan

Ramai dikalangan belia muda di Sarawak tidak mengambil berat tentang keadaan politik yang berlaku di negara kita. Rata-rata yang mengatakan tidak meminati politik dan tidak mahu ambil tahu apa situasi politik yang berlaku. Golongan belia muda harus sedar dan perlu mengubah perspektif mereka tentang politik yang hanya sesuai untuk golongan "antik" dan bukannya tajuk percakapan muda mudi.
Setiap hari kita menghadapi situasi politik sama ada di rumah, di IPTA/ IPTS, tempat kerja dan sebagainya. Jadi di mana timbulnya sikap tidak minat akan politik dan melihat isu politik itu sebagai "ada aku kesah"? Golongan belia muda harus mengambil tahu tentang isu-isu politik yang berlaku di negara kita sebagai sumber informasi yang bermanfaat untuk dijadikan renungan bersama. Golangan belia muda hendaklah mengubah tangapan bahawa politik itu kotor dan tidak mendatangkan faedah. Ini kerana apa yang kita rasakan keamanan, kesenangan, dan kemakmuran pada hari ini adalah hasil perjuangan politik oleh pemimpin yang terdahulu. Tidak mahu mengambil tahu tentang politik seperti sebuah sampan yang hanyut ditengah lautan yang mempunyai pendayung tetapi tidak mahu berdayung mencari hala tuju yang dikehendaki.
Golongan belia muda juga harus sedar bahawa golongan belia mempunyai hak untuk bersuara sama ada menyokong atau membantah isu yang dicanang dalam arena politik dan bukannya hanya memekakkan telinga dan hanya tahu mengeluh dengan situasi politik semasa. Dengan mengambil tahu akan situasi politik negara golongan belia dapat mengetahui perkembangan dan isu-isu yang berlaku dan sedikit sebanyak dapat membuka minda golongan belia muda untuk berfikir dengan lebih terbuka dan menilai dengan pemikiran sendiri malah boleh mencetuskan idea-idea yang bernas dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh menambahbaikan idea-idea sedia ada. Idea-idea dan kritikan boleh disampaikan melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan media massa contohnya e-mail, blog-blog, facebook, dan sebagainya malah dapat diketahui dan dinilai oleh pemimpin-pemimpin tentang keberkesanan idea-idea golongan muda dan membaiki kelemahan melalui kritikan golongan yang akan menerajui negara pada masa hadapan.
Kesedaran akan kepentingan politik harus ditanam di setiap pemikiran golongan belia muda kerana masa kini suara dan pendapat golongan belia digunapakai dalam proses pembangunan negara kerana negara di masa hadapan akan dipimpin oleh golongan belia muda masa kini. Oleh itu golongan belia muda harus menceburi bidang politik setidakpun hanya mengambil tahu akan  situasi politik negara kerana golongan belia tonggak masa depan negara.

Wednesday, 19 October 2011

Junction Produce

Entri ini ada berkaitan dengan aksesori kenderaan. Siapa tak kenal dengan jenama terkemuka ini. Memang rekabentuk memang menarik perhatian kaki-kaki aksesori kereta berbilang bangsa kaum dan agama. Tetapi adakah dikalangan peminat-peminat aksesori lebih-lebih lagi orang melayu beragama Islam sedar akan sesuatu lambang pada Logo Junction Produce. Boleh dikatakan ramai pengguna Logo ini yang diperhatikan rata-rata pengguna berbangsa Cina dan Melayu. Akan tetapi malangnya pengguna dari orang melayu memang tidak sedar dengan penggunaan logo ini pada kenderaan mereka. Mari kita perhatikan logo Junction Produce ini:





nampak? Pengguna berbangsa Melayu yang semestinya beragama Islam boleh dikatakan tidak sedar akan kehadiran salib (cross) pada mahkota logo ini. Jika anda sedar anda tidak akan menggunakan logo ini pada kenderaan anda. Jika nak guna pun ubah atau abaikan Lambang salib ini. tetapi kalau diubah anda dikira menciplak meniru logo yang dipaternkan oleh Junction Produce sendiri dan menjadi kesalahan. Jadi kepada pengguna logo ini khususnya pengguna beragama Islam elakkan menggunakan logo ini. Janganlah asalkan cantik popular main letak kat kenderaan. Ini seperti anda sendiri yang menggunakan salib di badan anda. What you do? Think again..

Friday, 30 September 2011

Kesesakan lalulintas (1) di Bandaraya Kuching

Kesesakan Di jalan Kulas (SATOK)
Kesesakan di Jalan Kulas adalah kesesakan biasa bagi penduduk Kuching. Ia merupakan Jalan Raya untuk penduduk Bandaraya ini. Kesesakan biasanya berlaku dari Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub ke Jalan Kulas dan dari Jalan Kulas ke Jalan Green, pada waktu pagi (garisan merah) pada hari bekerja. Kesesakan waktu petang (garis kuning) dan juga pada hujung minggu.


Kesesakan di Bulatan Abg Kipali (Petra Jaya)
Kesesakan di Bulatan Abg Kipali berlaku setiap hari. Kesesakan selalunya berlaku pada pagi hari bekerja (garisan merah) dari arah Jalan Matang, Jalan Tun Abd Rahman Yaakub dan Jalan Semarak. Kesesakan ini dikawal oleh Pasukan Traffik DBKU dan Polis Traffik namun masalah kesesakan masih tetap berlaku. kesesakan pada sebelah petang (garis kuning) berlaku pada Jalan Tun Abd Rahman Yaakub (arah bulatan dari pusat bandaraya). Masalah Kesesakan di bulatan ini sudah sekian lama berlaku dan sseharusnya dicadang pembinaan jejambat (flyover).


Kesesakan di Bulatan Matang (E-MART)
Kesesakan di kawasan ini berlaku pada setiap pagi hari bekerja dan setiap petang hari bekerja namun kesesakan terkawal dan tidak merumitkan.


Kesesakan Di Jalan Tun Abg Haji Openg (Simpang Wisma Seberkas)
Kesesakan berlaku di simpang empat Lampu Isyarat di hadapan bangunan Wisma Seberkas di kesemua arah.


Kesesakan Di Bulatan Simpang Tiga
Kesesakan disini biasanya berlaku hanya pada hari bekerja. Garis merah menunjukkan kesesakan berlaku pada waktu pagi dan garis kuning menunjukkan kesesakan berlaku pada waktu petang. Jalan Wan Alwi (tenggara bulatan) adalah jalan yang mengalami kesesakan teruk dan boleh berlarutan sehingga ke simpang lampu isyarat Tabuan Jaya. 


Kesesakan Di Jalan Tun Jugah
Kesesakan di Jalan ini tidak mengira hari dan waktu. Ini kerana Pembinaan jejambat(flyover) sedang giat dijalankan di Jalan Tun Jugah dari Bulatan Simpang Tiga ke arah Jalan Lapangan Terbang.


Kesesakan Di Bulatan Batu 3
Kesesakan di Bulatan Ini berlaku hampir setiap hari. Walaupun jejambat bertingkat sudah dibina bagi mengurangkan kesesakan namun masih lagi terjadi berikutan faktor peningkatan bilangan kenderaan dan polulasi rakyat di Bandaraya Kuching semakin Meningkat.


Kesesakan di Jalan Tun Ahmad Zaidi
Kesesakan berlaku di persimpangan lampu isyarat ini berlaku hampir setiap hari lebih-lebih lagi di waktu puncak. Kesesakan di jalan ini dari Pusat Bandaraya Menuju arah Batu 3 di sebabkan pembinaan "lubang-lubang" kumbahan di sepanjang jalan ini menyebabkan laluan 2 dan 3 lorong menjadi 1 lorong sahaja.


Kesesakan di Jalan Setia Raja
Kesesakan di jalan ini berlaku setiap hari pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Ini disebabkan pembinaan penaiktarafan jalan ini dari satu lorong menjadi 3 lorong sedang giat dijalankan dan keadaan jalan semasa (September 2009) amat teruk dan berdebu. Kesesakan ini berlaku pada waktu pagi (garis merah) dari hadapan Ibu Pejabat bomba Bahagian Kuching Sehingga ke bulatan Pending (hadapan Pejabat Pos Besar) manakala di sebelah petang (garis kuning) di arah bertentangan.


Hadapan Sekolah St. Mary/ St. Thomas
Kesesakan di sini biasanya berlaku pada waktu pulang sekolah. Ini kerana sesetengah sikap pemandu yang memberhentikan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan sehingga jalan dua lorong menjadi satu lorong dan kadang-kadang kedua-dua lorong menjadi tempat menunggu dan menyebankan kesesakan teruk sepanjang jalan ini. Jalan ini seharusnya menjadi perhatian pihak berwajib supaya pemandu-pemandu ini tidak sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka di "tengah-tengah" Jalan Raya.


Hadapan Sekolah St. Joseph/ St. Teressa
Keadaan Ini berlaku seperti di hadan sSekolah St. Thomas. Ditambah lagi dengan pembinaan "lubang-lubang" kumbahan yang menyebapkan dua lorong menjadi satu dan sikap pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan. 

Wednesday, 28 September 2011

Letupan di Empire Shopping Mall, Subang Jaya

SUBANG JAYA: Four people were injured while more than 300 were rescued and evacuated after a suspected gas leak caused an explosion on the lower ground floor of the Empire Gallery shopping mall here early Wednesday .Firemen from the Subang Jaya Fire and Rescue Department also rescued four other people who were trapped at the lower ground floor of the complex, which also houses a hotel.
The injured, including a Nepali security guard and a local, who sustained cuts caused by falling shattered glass, were sent to the University Malaya Medical Centre for treatment.
Subang Jaya Fire and Rescue Department station chief Mohd Khairi Daud said they were assisted by their colleagues from Petaling Jaya and surrounding areas in evacuating the hotel guests, numbering more than 300 people.
The 3.45am explosion damaged two other floors in the complex. It also caused damage to the adjoining office block and studio apartments. 
The damage to the lower and ground floor of the mall was caused by the impact of the explosion rather than fire, said Selangor Fire and Rescue Department deputy director of operations Mohd Sani Harul.
"The first fire engine that arrived at the scene took only about five minutes to put out the fire in some areas," he said.
Mohd Sani said inspectors from the Public Works Department (JKR) and civil construction consultants had examined the pillars and structures of the building to determine the extent of the damage.




sumber: The Star













Berbasikal menganggu penguna jalan yang lain


Berbasikal adalah aktiviti yang sihat, namun boleh mendatangkan bahaya jika tidak menghiraukan aspek keselamatan.


Aktiviti berbasikal merupakan amalan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat masa kini dan sudahpun menjadi trend. Penunggang-penunggang basikal juga terdapat dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa. Ironinya berbasikal adalah aktiviti kegemaran ramai masa kini.
Akan tetapi adakah anda sedar, aktiviti berbasikal juga boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang dan orang lain?
Di sini mataputih ingin berkongsi pendapat dangan anda semua sama ada anda penunggang basikal ataupun tidak. Kebanyakan penunggang basikal kini menunggang basikal di atas jalan raya, tak kira siang malam, pagi petang, hujan, ribut dan sebagainya. Penunggang berbasikal juga tidak mengabaikan aspek keselamatan seperti lampu belakang, menggunakan topi keselamatan, berpakaian sesuai dan mudah untuk dilihat dan sebagainya.
Walaupun semua aspek keselamatan ini diutamakan ada juga dikalangan penunggang-penunggang ini sewenang-wenangnya membuat peraturan jalan raya sendiri. Dari perspektif yang umum ketahui dan mungkin anda sendiri melaluinya ada dikalangan penunggang basikal menunggang di lorong kanan seperti anda sedia maklum lorong kanan adalah untuk kenderaan bergerak laju ataupun memotong kenderaan lain.
Selain itu, ada dikalangan penunggang basikal ini juga sesuka hati memberi arahan kepada pengguna lain untuk memberi laluan kepada mereka.Macam kes vip nak lalu saja. Memang betul tidak semua penunggang basikal bersikap seperti itu tapi berpeganglah pada setitik nila rosak susu sebelanga.
Selain itu juga, ada dikalangan penunggang basikal menunggang basikal mereka seperti perarakkan Hari Malaysia sehingga penuh satu lorong kenderaan. Sikap penunggang seperti ini boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang itu sendiri dan orang lain. Anda penunggang basikal berkayuh dengan perlahan tunganglah secara satu barisan dan bukannya berkelompok sehingga menggangu lalulintas pengguna jalan raya yang lain. Jalanraya hak milik bersama dan digunakan bersama.
Pengguna jalanraya lain juga harus peka dengan penunggang basikal ini kerana mereka juga pengguna jalanraya. Anda langgar anda salah walaupun itu salah penunggang basikal. Kesimpulannya, sama-sama kita bertimbang rasa baik kepada pemandu kenderaan atau penunggang basikal.

Tuesday, 27 September 2011

mataputih

toleh kanan toleh kiri baru lintas

5 Alasan terbaik untuk ponteng kerja dan hikmahnya


stress cari alasan nak ponteng



  1. Ketinggalan Komuter/ Lrt/ Bas/ dan sebagainyaMacam lah pengangkutan awam ni sekali lalu  kat tempat anda. Kalau kena tinggal pun boleh naik yang seterusnya.
  2. Balik Kampung
    Bos mana yang marah kalau pekerjanya balik kampung? Kalau minta cuti dengan cara yang betul mesti bos tu tak marah, tapi kalau anggap pejabat tu ko yang punya bos mana yang x marah. Balik kampung satu alasan bila di telefon kat kampun orang kampung kata tak ada??mesti melencong punya pasal ni..Isteri kampung muda kot?
  3. Demam
    Dah tahu demam pergi klinik la minta MC. Tak larat nak pergi konon, kalau betol-betol demam, larat tak larat pun kena pergi juga ada nak dapat MC bukti demam daripada mendapat priority diberhentikan kerja.
  4. Isteri atau anak sakit (bagi yang dah kahwin)
    Cuti kecemasan lah kiranya tapi isteri telefon pejabat tanya ade tak si polan si polan?? Mana perginya Cik Abg nih...Isteri muda sakit kot??
  5. Akan berhenti kerja
    Bab ni satu hal, kalau nak berhenti kerja sekalipun jangan la memonteng dulu sekian lama baru nak berhenti. Tu cari pasal namanya. Kalau kena Bos tegas padan muka kau, tak payah nak berhenti tapi diberhentikan. Namun sampai sekarang hampir setahun aku mendengar "abang akan berhenti kerja" tapi masih juga muka muncul kat pejabat.

sumber: rakan sekerja S*id L*t