
Berbasikal adalah aktiviti yang sihat, namun boleh mendatangkan bahaya jika tidak menghiraukan aspek keselamatan.
Aktiviti berbasikal merupakan amalan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat masa kini dan sudahpun menjadi trend. Penunggang-penunggang basikal juga terdapat dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa. Ironinya berbasikal adalah aktiviti kegemaran ramai masa kini.
Akan tetapi adakah anda sedar, aktiviti berbasikal juga boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang dan orang lain?
Di sini mataputih ingin berkongsi pendapat dangan anda semua sama ada anda penunggang basikal ataupun tidak. Kebanyakan penunggang basikal kini menunggang basikal di atas jalan raya, tak kira siang malam, pagi petang, hujan, ribut dan sebagainya. Penunggang berbasikal juga tidak mengabaikan aspek keselamatan seperti lampu belakang, menggunakan topi keselamatan, berpakaian sesuai dan mudah untuk dilihat dan sebagainya.
Walaupun semua aspek keselamatan ini diutamakan ada juga dikalangan penunggang-penunggang ini sewenang-wenangnya membuat peraturan jalan raya sendiri. Dari perspektif yang umum ketahui dan mungkin anda sendiri melaluinya ada dikalangan penunggang basikal menunggang di lorong kanan seperti anda sedia maklum lorong kanan adalah untuk kenderaan bergerak laju ataupun memotong kenderaan lain.
Selain itu, ada dikalangan penunggang basikal ini juga sesuka hati memberi arahan kepada pengguna lain untuk memberi laluan kepada mereka.Macam kes vip nak lalu saja. Memang betul tidak semua penunggang basikal bersikap seperti itu tapi berpeganglah pada setitik nila rosak susu sebelanga.
Selain itu juga, ada dikalangan penunggang basikal menunggang basikal mereka seperti perarakkan Hari Malaysia sehingga penuh satu lorong kenderaan. Sikap penunggang seperti ini boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang itu sendiri dan orang lain. Anda penunggang basikal berkayuh dengan perlahan tunganglah secara satu barisan dan bukannya berkelompok sehingga menggangu lalulintas pengguna jalan raya yang lain. Jalanraya hak milik bersama dan digunakan bersama.
Pengguna jalanraya lain juga harus peka dengan penunggang basikal ini kerana mereka juga pengguna jalanraya. Anda langgar anda salah walaupun itu salah penunggang basikal. Kesimpulannya, sama-sama kita bertimbang rasa baik kepada pemandu kenderaan atau penunggang basikal.
No comments:
Post a Comment