Monday, 26 December 2011

Kesedaran Politik dikalangan belia muda Sarawak membimbangkan

Ramai dikalangan belia muda di Sarawak tidak mengambil berat tentang keadaan politik yang berlaku di negara kita. Rata-rata yang mengatakan tidak meminati politik dan tidak mahu ambil tahu apa situasi politik yang berlaku. Golongan belia muda harus sedar dan perlu mengubah perspektif mereka tentang politik yang hanya sesuai untuk golongan "antik" dan bukannya tajuk percakapan muda mudi.
Setiap hari kita menghadapi situasi politik sama ada di rumah, di IPTA/ IPTS, tempat kerja dan sebagainya. Jadi di mana timbulnya sikap tidak minat akan politik dan melihat isu politik itu sebagai "ada aku kesah"? Golongan belia muda harus mengambil tahu tentang isu-isu politik yang berlaku di negara kita sebagai sumber informasi yang bermanfaat untuk dijadikan renungan bersama. Golangan belia muda hendaklah mengubah tangapan bahawa politik itu kotor dan tidak mendatangkan faedah. Ini kerana apa yang kita rasakan keamanan, kesenangan, dan kemakmuran pada hari ini adalah hasil perjuangan politik oleh pemimpin yang terdahulu. Tidak mahu mengambil tahu tentang politik seperti sebuah sampan yang hanyut ditengah lautan yang mempunyai pendayung tetapi tidak mahu berdayung mencari hala tuju yang dikehendaki.
Golongan belia muda juga harus sedar bahawa golongan belia mempunyai hak untuk bersuara sama ada menyokong atau membantah isu yang dicanang dalam arena politik dan bukannya hanya memekakkan telinga dan hanya tahu mengeluh dengan situasi politik semasa. Dengan mengambil tahu akan situasi politik negara golongan belia dapat mengetahui perkembangan dan isu-isu yang berlaku dan sedikit sebanyak dapat membuka minda golongan belia muda untuk berfikir dengan lebih terbuka dan menilai dengan pemikiran sendiri malah boleh mencetuskan idea-idea yang bernas dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh menambahbaikan idea-idea sedia ada. Idea-idea dan kritikan boleh disampaikan melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan media massa contohnya e-mail, blog-blog, facebook, dan sebagainya malah dapat diketahui dan dinilai oleh pemimpin-pemimpin tentang keberkesanan idea-idea golongan muda dan membaiki kelemahan melalui kritikan golongan yang akan menerajui negara pada masa hadapan.
Kesedaran akan kepentingan politik harus ditanam di setiap pemikiran golongan belia muda kerana masa kini suara dan pendapat golongan belia digunapakai dalam proses pembangunan negara kerana negara di masa hadapan akan dipimpin oleh golongan belia muda masa kini. Oleh itu golongan belia muda harus menceburi bidang politik setidakpun hanya mengambil tahu akan  situasi politik negara kerana golongan belia tonggak masa depan negara.

1 comment:

Anonymous said...

dedahkan sikap golongan ini yg suka ambil lewa isu politik..