Kesesakan Di jalan Kulas (SATOK)
Kesesakan di Jalan Kulas adalah kesesakan biasa bagi penduduk Kuching. Ia merupakan Jalan Raya untuk penduduk Bandaraya ini. Kesesakan biasanya berlaku dari Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub ke Jalan Kulas dan dari Jalan Kulas ke Jalan Green, pada waktu pagi (garisan merah) pada hari bekerja. Kesesakan waktu petang (garis kuning) dan juga pada hujung minggu.
Kesesakan di Bulatan Abg Kipali (Petra Jaya)
Kesesakan di Bulatan Abg Kipali berlaku setiap hari. Kesesakan selalunya berlaku pada pagi hari bekerja (garisan merah) dari arah Jalan Matang, Jalan Tun Abd Rahman Yaakub dan Jalan Semarak. Kesesakan ini dikawal oleh Pasukan Traffik DBKU dan Polis Traffik namun masalah kesesakan masih tetap berlaku. kesesakan pada sebelah petang (garis kuning) berlaku pada Jalan Tun Abd Rahman Yaakub (arah bulatan dari pusat bandaraya). Masalah Kesesakan di bulatan ini sudah sekian lama berlaku dan sseharusnya dicadang pembinaan jejambat (flyover).
Kesesakan di Bulatan Matang (E-MART)
Kesesakan di kawasan ini berlaku pada setiap pagi hari bekerja dan setiap petang hari bekerja namun kesesakan terkawal dan tidak merumitkan.
Kesesakan Di Jalan Tun Abg Haji Openg (Simpang Wisma Seberkas)
Kesesakan berlaku di simpang empat Lampu Isyarat di hadapan bangunan Wisma Seberkas di kesemua arah.
Kesesakan Di Bulatan Simpang Tiga
Kesesakan disini biasanya berlaku hanya pada hari bekerja. Garis merah menunjukkan kesesakan berlaku pada waktu pagi dan garis kuning menunjukkan kesesakan berlaku pada waktu petang. Jalan Wan Alwi (tenggara bulatan) adalah jalan yang mengalami kesesakan teruk dan boleh berlarutan sehingga ke simpang lampu isyarat Tabuan Jaya.
Kesesakan Di Jalan Tun Jugah
Kesesakan di Jalan ini tidak mengira hari dan waktu. Ini kerana Pembinaan jejambat(flyover) sedang giat dijalankan di Jalan Tun Jugah dari Bulatan Simpang Tiga ke arah Jalan Lapangan Terbang.
Kesesakan Di Bulatan Batu 3
Kesesakan di Bulatan Ini berlaku hampir setiap hari. Walaupun jejambat bertingkat sudah dibina bagi mengurangkan kesesakan namun masih lagi terjadi berikutan faktor peningkatan bilangan kenderaan dan polulasi rakyat di Bandaraya Kuching semakin Meningkat.
Kesesakan di Jalan Tun Ahmad Zaidi
Kesesakan berlaku di persimpangan lampu isyarat ini berlaku hampir setiap hari lebih-lebih lagi di waktu puncak. Kesesakan di jalan ini dari Pusat Bandaraya Menuju arah Batu 3 di sebabkan pembinaan "lubang-lubang" kumbahan di sepanjang jalan ini menyebabkan laluan 2 dan 3 lorong menjadi 1 lorong sahaja.
Kesesakan di Jalan Setia Raja
Kesesakan di jalan ini berlaku setiap hari pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Ini disebabkan pembinaan penaiktarafan jalan ini dari satu lorong menjadi 3 lorong sedang giat dijalankan dan keadaan jalan semasa (September 2009) amat teruk dan berdebu. Kesesakan ini berlaku pada waktu pagi (garis merah) dari hadapan Ibu Pejabat bomba Bahagian Kuching Sehingga ke bulatan Pending (hadapan Pejabat Pos Besar) manakala di sebelah petang (garis kuning) di arah bertentangan.
Hadapan Sekolah St. Mary/ St. Thomas
Kesesakan di sini biasanya berlaku pada waktu pulang sekolah. Ini kerana sesetengah sikap pemandu yang memberhentikan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan sehingga jalan dua lorong menjadi satu lorong dan kadang-kadang kedua-dua lorong menjadi tempat menunggu dan menyebankan kesesakan teruk sepanjang jalan ini. Jalan ini seharusnya menjadi perhatian pihak berwajib supaya pemandu-pemandu ini tidak sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka di "tengah-tengah" Jalan Raya.
Hadapan Sekolah St. Joseph/ St. Teressa
Keadaan Ini berlaku seperti di hadan sSekolah St. Thomas. Ditambah lagi dengan pembinaan "lubang-lubang" kumbahan yang menyebapkan dua lorong menjadi satu dan sikap pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan.
Friday, 30 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











No comments:
Post a Comment